31.12.11

no word can describe mai feeling.

no one knows. no one can understood. suffer.struggle.im here cause allah knows who am i. a little tiny creation that trying so hard to develop a strong heart ,thought and feeling to allah SWT. only He knows y so and so. i cant answer it.i keep wondering.confusing.ease everything ya allah.help me.help us. thru everything. ameen.

29.12.11

setahun yang lalu

25 disember tahun lepas aku ada kat pulau pangkor makan angin, sebelum tu p siam, berjalan berderet. 25 disember tahun ni makan kenduri berderet kat kelantan..cepat nya masa berjalan ;)

22.12.11

esok

nak bertolak ke kelantan. esok malam. macam buat kerja gilala laalaa..
banyak lagi belum di beres in
ya Allah,permudah kan segala gala nya.ameen.
rindu semua orang kat aloqstaq.huhu sadisz!!

21.12.11

nak taip la

malas. tapi nak taip la.buang-buang toksik kotor dan tensen dalam badan.nak merujuk kepada posting sebelum ni.yang entri jahat.


mula, cerita part yang WP tu dulu-wedding planner. ni dah lama.awal tahun 2011 dulu. aku sebagai stalk-er tegarrr, berjalan merata tengok fb wp, photographer,all kind yang ada kaitan dengan MAJLIS KAHWEN. sebab apa?
-minat
-suka
- nak tengok hasil-hasil orang lain
-sibok nak tengok
tu memang hal aku.dats y kalau WP area aloqstaq,(beberapa) yang aktif dan kurang aktif d laman maya ni, aku boleh bajet/teka style design depa, either design pelamin,baju, meja makan. yang make up just few of em aku boleh teka.bukan nak bongkak riak apa,memang boleh tau yang mana hasil kerja sapa, orang ni,orang tu.kalau kta memang follow keja depa, tengok,perati, memang boleh tangkap tu keja sapa.




ok next..ban yang pertama-WP ni.aku memang dok tengok tengok dan tengok update dia..just tengok..tengok and tengok..suatu hari aku tergerak nak tegur dia bab makeup yang kat kedai dia.memang aku nampak ober dan menyesakkan mata.aku jenis stret cakap,tak reti bahasa basi plus dengan MULUT LASER (sapa penah dengaq memang mengakui kelaseran itu) ,pun tegur lah.aku inbox ya.INBOX..dia reply..tak puas hati la kan..takpa..tak ksah..aku niat menegur untuk kebaikan ,kemajuan bisnes dia. and paling penting untuk HARI BAHAGIA ORANG LAIN.orang lain/customer deserve the best.bayangkan kalau hang yg nak kawen, orang makeup hang mcm tu, tebal-ober-,nak pulak tetamu yg datang mulut mcm aku,msti dalam hati'tebai nya make up pengantin'..mesti menimbulkan rasa tak syokk.unless pengantin memang konfiden dan suka gaya tu.bru lah dia ceria. BUKAN semua orang boleh konfiden dengan apa yang ada kat muka dan badan depa.ok dah.komen-komen kat inbox,last,dia block aku.wahaha.got to go lahh..biaq p kat hang..YANG mahai,tak boleh blah,dia bukan tau pun aku tau yang dia ada lagi satu fb.muahaha*gelak jahat dan hati pun jahat* hang tak payah kerek bongkak sangat.aku memang stalk-er tegar yang tau hang ada bapa akaun,customer hang sapa,hg buat apa,cuma tak berkesempatan p butik hg ja..hg mau ka aku berlakon jd bakal customer hg??? hahaha..


ok next ban ke dua...
photographer ka videographer
ni aku admit..MEMANG AKU SILAP.aku lupa inbox,aku p komen direct bwh vid ka gambar tuh.gambar tuh tunjuk mak andam cukur kening.aku dengan laser nya tegur,'jangan lah tunjuk cukur tu,kan cukur tu haram untuk pengantin.p tunjuk lagi pulak.' sangat salah aku masa tu.tapi. on the spot dia tu dah padam.bagus la.tapi yang tak boleh blah,dia pm ,jangan tutup periuk nasik orang ka apa tah.somting macam tu.SORRY bang. saya tak penah dengki kat orang lain atau bisnes dia,sebab saya tau Allah yang bagi rezeki, bukan manusia.aku cuma silap sebab tak pm.dia terus message tu then block.ok.off.




then cerita ke tiga ban..last..
fotograper.
yang ni memang bongkak gila bangang!
aku nampak fotogrper ni komen kat WP KL ni,tanya,'kat kedah tak buat mcm ni'?
aku pun pm dia..add la sekian sekian sekian..tengok..
dengan HARAPAN-membantu dia untuk job-job kedah.dah dia tu fotograper.masa tu tak tengok g album dia.then dia reply.'u mean wp'? i said,ya,tengok lah..add..aku tak bgtau dia..kot la kta boleh bekerjsma..mana tau ada customer berminat dengan pakej dia..then rep kali kedua..'sy tak perlukan wp,sy blh uruskan sendiri :)' wth u...............
terus naik suhu darah 190 darjah..bongkak nya...aku taip'first time saya jumpak org bongkak mcm kamu..bla blabla ..' sat tu..terus hilang dah gambar..*means kena block dah..haha.. fine..fine manusia..u dont know langit tinggi atau rendah..paling tak blh blah..sementra tunggu dia rep,aku tengok album2 dia,haremmm.tak stai pun.jujur aku cakap.kalau customer nak pun aku tak mau rekemen aih.aku memang tak reti bab-bab potograper sangat,tapi aku tau la jugak..term-term aku taktau..yang aku tau tengok gambar photograper pemes-pemes,like gambar depa,tengok cara depa amek,edittg depa..tak dak la aku jahil sangat nak menilai kerja /hasil OP..kalau setakat macam hasil kerja potograper ni,memang biasa sangat lah.sangat.padahal aku tgk dia base KL.may be dia stok outdated nya*jahat gila*marah punya pasai.geram.haha!!! hang p la menuntut dulu dengan candid syndrome ka,udey ka,ministry moment ka,nazimzafri ka,baru hang mai bongkak tak ingat dunia dengan aku.ok full stop.






okey apapun aku lepas kat sini ja..and kat paksu..haha..paksu memang gang sembang atau gang tak puas hati aku..pastu kami gelak sama-sama..sunggoh tak boleh blah d stu..haha..menambah dosa,mengurangkan pahala,sebahagian hidup aku.aku tak mau reveal sapa-sapa kat sini. buat sapa-sapa yang baca makihanimun ini, jadikan pedoman, if NAK YANG TERBAIK UNTUK HARI BAHAGIA(EITHER U KESAH ATAU TAK) YOU DESERVE TO GET THE BEST ON UR WEDDING DAY/E-DAY/WHATEVER DAY LAH.go through butik-butik kwasan tempat berdekatan anda,survey harga, dan hasil kerja mereka.bila kita ada bebebebrapa reference baru kita boleh banding.boleh tengok yang mana ok yang mana tak. dengan. bajet yang ada. tak perlu berhabesan ribu riban tapi hasil tak memuaskan.tak semua yang letak harga tinggi tu kualiti. aku cakap bedasarkan senario sekitar aloqstaq.ada ja lagi crita itu ini pasal butik.tapi tak payah la.aku kongsi takat mampu.tak mau memburukkan orang,crita ni pun nak sapa-sapa yang terbaca ni aware untuk persiapan majlis anda-anda.relaks-relaks sudah untuk preparation.jangan tension.enjoyyy sambil prepare.huhu




AKHIR SEKALI,MAAF kalau entri jahat ni keterlaluan,keterlampauan,sesunggohnya saya hanya cakap,tulis,ikut hati saya,fikiran saya,saya tak pikiaq others feeling somtimes..itu lah saya!*bajet jujur**laserrr*


nak tambah.haha ada pulak ruangan tambahan. AKU TAK KEDEKUT BAB NAK BAGI JOB KAT ORANG.cewahh bajet aku majikan. hahahah.gilo la.abaikan. macam ni,kalau ada customer yang pm, depa ni keja luaq aloqstaq,tak dan balik untuk survey satu satu butik.dan depa just guna internet.yang mana jumpak,jumpaklah. then bila smbil msg kat inbox tu, aku boleh ja kongsi dengan depa/bgtau depa butik-butik lain sekitar aloqstaq.bagi nama penuh naa..NAMA BUTIK. aku tak kesah.rezeki masing-masing.buat saingan sihat.bisnes memang bisnes.nombor satu tetap servis yang berkualiti untuk customer.bukan duit yang d kejar,tapi hasil kerja yang kualiti dan mengembirakan orang lain untuk hari bahagia mereka.ok.titik.
*bajet macam tu bisnes bapak aku*haha.even aku just terlibat tak langsung,aku akan try bagi yang terbaik untuk sapa-sapa pun.ok dah.titik.

19.12.11

alhamdulillah

dikelilingi rakan-rakan yang memahami.membantu.dan menyayangi.thanks NF .semoga hati terus tabah terus maju 2011-2012.muahaha!

16.12.11

kata hati

rasa nak cetuskan perang dengan diri sendiri.anda-anda, anda tahu siapa anda.anda dah siap anda diam ja la.jangan menunjuk sangat anda-anda.anda-anda tak payah nak bangga tak payah nak rasa happy sangat disaat kawan--kawan anda masih menderita bertarung berjuang.anda anda tak tahu betapa susah dan payah saya atau mereka bekerja menyiapkan tanggungjawab kami.masa yang ter'delay' kerana beberapa masalah.anda takpa la semua nya mungkin cepat tersedia ,tersedia ada, anda hebat.anda tak tahu apa yg kami lalui, kami usaha,kami ihktiar.anda tak tahu.anda memang tak baca pun kata hati ni.anda taktahu.saya sekadar melepaskan kata di sini.tak mau jadi perang dingin perang hati.evryone tengah usaha.saya jugak.huwaaaaaaaaaaaaaaaa! bye.

13.12.11

saya ada, anda tengokkk;)

ni nama dia KLCC..semua orang tau.tapi nak habaq jugakk

next
 ni mesjid besi- a.k.a steel mosque a.k.a masjid sultan mizan zainal abidin
hanya mampu capture setakat ni walaupun hasil depan mata sangattt menakjubkan. the building and the landscape totally make me stareee 50times again and again
since aku sangat suka dengan topiari tengah tu, turf in between ,hmm.cantik.titik.


then gambar dari menara taming sari.capture by my adek.aku tak capture,tengah tahan menahan kegayatan.awesome.the second tower after ive been to menara alor star. next tower???maybe eiffel im in love!muahaha..kalau naik eiffel maybe semua ayat lazim aku baca teqa nak sampai ataih.haha. 

ni tak dak kaitan dengan atas..atas gambar scenery tiba tiba muncul gambar baju. ni baju kahwen ,kat resepsi customer paksu .capture guna handpon ja.bajet creative la ambek macam ni.takpa.bajet ja.


ni suatu pagi di broga
ni pun kategori tahan menahan kegayatan
huhu
sadisszz


betong-baling

done.
tak larat upload
hewhew
motip letak gambar-
terapi

tengok gambar terapi
share gambar terapi
ambek gambar terapi
edit gambar terapi
terapi itu gambar
seni itu terapi
terapiii


untuk diri yang malas membuat kerja
sila lah membuat kerja selepas membuat terapi

;)






tebalik kott

terbalik.membalik.berbalik.
since he's staying at home, he know how to watch tv, to make it clearly, dramas!haha
wth ayat aku
lantakkk

aku impress ja ada budak dah reti tengok tv.tambah-tambah drama.sorry la u kalau baca ni tersentap hati hingga tulang jari. im very impresssszzz:)

ayat impress memang macam ni,bm bi tunggang terbalik.huh!

12.12.11

dear myself

please do aware on the date. today is 12.12.11.
one hope.million of chances.
hit  the door at stage one.
then you will be free.


; journey (150km) to a graduation day
may Allah ease my journey.and them too.
no matter what,you can hit 
because you r
a hortis-to-be
wth??

1.12.11

011211

rasa seperti nak menjadi seperti itu.selepas dengar ustz azhar idrus dalam vid dia.hmmm.
masa mengizinkan dan keadaan juga mengizinkan. masing-masing berada kat landasan masing-masing.guide us Ya Allah.


selepas beberapa tahun berdekatan, close to each other, sekarang masa untuk belajar berdiri dengan keyakinan diri sendiri.belajar berserah dan lebih bergantung harap kepada-Nya.kerana semua adalah ketetapan dari-Nya, semua permulaan dan pengakhiran Dia tahu jalan ceritanya. 


berilah ruang untuk berjauhan, berilah peluang untuk berkekalan.
semoga suatu hari nanti mereka tetap disatukan andai jodoh telah ditakdirkan.


guide us 
ya ALLAH
ameenn


p/s-spt nak bercinta slps nikah,insyaallah.

28.11.11

perasaan

aku baru lepas baca satu blog orang ni yang cta saat-saat dia hilang bf@atau tunang.aku pun taktau bf ka tunang.huhu.takutnya.hilang bukan sebab prempuan lain.tapi sebab ajal dah sampai.huhu.aku tak ready kalau jadi macam tu. tapi alhamdulillah.orang tu dah ada pengganti dan dah selamat bertunang.semoga jodoh mereka panjang:) hmm tak payah la nak pkir terok-terok.doa ja yang terbaik.ada jodoh, ada.Dia lebih tahu.

27.11.11

new-271111-

new hair cut ,
done simply by me,huehue



p/s :bukan wajah sebenar, bukan rambut sebenar :-)

rasa nak tuleh gak wpn ngantuk lapaq yg amat

tu situasi sekarang,
hmm

26.11.11

salam maal hijrah

salam maal hijrah
semoga amalan-amalan yang akan datang lebih baik, lebih bermakna.insyaAllah.


ya Allah, berikan kami peluang untuk terus beribadat dan menjadi hamba-Mu yang lebih baik. berkati hari kami, hidup kami, dan semuanya. ameen.


mungkin tahun ini yang terakhir.who knows.Allah sahaja yang tahu=)

24.11.11

dua benda yang mengembirakan-buat masa sekarang

makanan 
 chatting a.k.a message kawan-kawan
walaupun hakikatnya ada ja kerja nak kena buat
tapi mud entah ke mana.hmm.

karangan begambar


di meja sentap
gambaq ni best.sebab tu jadi pilihan.huehue.

next. kita masuk rumah.
eh sat.gambaq dengan tuan rumah
tuan rumah bersebelahan tudung biru (pn lin) .dia berselendang purple





ni kakak tuan rumah- the bride

sweettt 

kawan-kawan adik pengantin











akhir kata, thanks del for invitation..thanks kak ayu..walaupun kamu dan kamu tak baca belog ini.saya saja jugak nak buat kenangan kat sini.huehue.semoga nanti kamu kahwen pun kami dapat turun .hehe.ameen.
p/s-gambar2 bawah dikecilkan kerana takda kaitan dengan kenduri.hee=)








22.11.11

mukadimah

mukadimah ni untuk tajuk karangan review-pelamin,baju,makeup. bukan aku yang nak kawen sekarang. tapi nak share sikit-sikit apa yang kaitan, apa yang boleh setakat yang aku gain since tolong-tolong paksu kat syam syais. mungkin sesapa yang terbaca ni, boleh la terpikir, berpikir, dan memahami serba sedikit macam mana wedding planner, pak andam, mak andam dan seangkatan dengan nya nak manage atau serve their customer. cewah ayat. ober aku. macam lah aku dah sepuloh tahun bergelumang dalam industri .huehue.tapi apa yang aku boleh kongsi mungkin boleh membantu anda, anda, anda semua.mungkin.


apa yang aku nak sampaikan ni just pendapat aku, pandangan aku, apa yang aku learn thru experience. maybe ada somebdy yang nak kawen, plan nak kawen, atau b2b terbuka page ni, boleh la luang masa 4-5 minit baca karangan tak seberapa ni.ok.ni baru mukadimah.bab 2 dan seterusnya maybe ambek masa 2-3 jam atau 2-3 hari.heeeee. 


then.tunggu,

21.11.11

kahwen -pelamin, baju, makeup

nak review..dari sudut mata aku..insyaAllah.

20.11.11

minggu sepulohhh

insyaallah and alhamdulillah.
eksaited
takut
enjoyyy
yahuuu
motif peace? sebab taktau nak gaya apa dah-_-



tiba-tiba jadi semangat nak belajar, nak proceed teses, nak p kelas, nak buat semua.whoaa.


moga sentiasa istiqamah:)

suka suka









it is so called gedik menambah edit gambaq

menahan diri

hmmm di pagi yang buta lagi hening macam ni mengantuk tak payah cakap. :( pastu buka la lagu untuk teman. lagu westlife pulak tu.hahaha.gelak sorang-sorang.


tapi sambil buat qeja ni aku boleh lagi tadi baca blog-blog orang.aku taktau awat aku suka sangat baca blog orang la ni.ketagih.balik ja dari kelas,kalau online,bukak blog dulu.huhu.bila baca, rasa macam release tension pun ada,terhibur pun ada, tambah ilmu pun ada, macam macam pun ada.huhu. and bila baca blog yang kaitan dengan orang dah qeja, tawen, ada family ke2, rasa terbuka sikit kepala otak pikir benda yang lain dari yang selalu pikir.yang maybe tak penah tepikir pun.hmm.and boleh buat aku rasa bersyukur dengan kehidupan yang aku ada, apa yang aku ada, dan tak mau mengeluh. kadang cara orang lain buat aku jadi semangat atau telebih semangat. tu suka dok baca blog orang.


huwaa. sorry tulisan besar gajah.rabun malam malam ni.hmm nak boh gambar keukenhop la.salah satu tempat idaman nak p .muahaha.







dua ja la. malas nak letak g. hehe.



and boleh buka yang bawah ni. superb.










taman dunia yang hebat..berusaha didunia..semoga dapat tengok taman hebat di SANA kelak.amin

18.11.11

00:30

bismillahirahmanirrahim..:) selamat study kepada diri sendiri dan mudah-mudahan dapat menjawab dengan cemerlang esok pagi..ameen=)


begitu jugak kawan-kawan

00:30

bismillahirahmanirrahim..:) selamat study kepada diri sendiri dan mudah-mudahan dapat menjawab dengan cemerlang esok pagi..ameen=)


begitu jugak kawan-kawan

00:30

bismillahirahmanirrahim..:) selamat study kepada diri sendiri dan mudah-mudahan dapat menjawab dengan cemerlang esok pagi..ameen=)


begitu jugak kawan-kawan

karangan khas untuk orang-orang tersayang

pertama, karangan untuk orang kuat atau sapoter saya- mak ayah. saya rasa ter ter kilan tak dapat nak luang masa yang banyak dengan mak ayah. walaupun mak ayah ada 5 hari kat kl, tapi beberapa jam saja dapat jumpa. pity me :( thanks for visiting me. lots of love. kalau lah.*(berangan) ada masa terluang nescaya aku dah p join mak ayah sekali.huhu.dengan adik. naseb dapat jugak jumpa bebeberapa jam. untung la adik aku dapat join and stay potgh. best hoi. tengok gambaq telioq baq ang.semua ada kuda. dah dapat bilik mengadap tasik.scenery mengancam.huhu.tacing:( 


ok next-tak dapat jangan mengeluh huh heh-


lain kali hopfully dapat jumpa lagi bila mak ayah mai sini.yehu. karangan kedua, untuk makhluk tuhan paling kool.haha.sebab paling kool lah aku rasa aku tak kool. setelah bebebrapa purnama kawan dengan si kool A ni, si tak berapa kool B banyak belajar tentang erti kehidupan.He thought me to be an independant . bukanlah sebelum ni aku tak independent, tapi sejak kebelakangan dan kebelakangan lagi, i must be an independant person.*abaikan struktur ayat dan ejaan.dia betul-betul. since dia start intern jarang berkomunikasi tu lumrah alam .alorsetar-serdang seperti msia dan afrika selatan.huahaha.walaupun teknologi hebat zaman 2011 ni, tapi masing-masing tak guna pun apa yang ada di depan mata. sikit-sikit lama-lama jadi bukit la kebiasaan ni.tapi takpa lah.just a few months to go.yiahuu.*kalau umoq panjang.huhu.




conclusion daripada karangan- i learnt to be an independant person as im studying in kolumpo and my family stay far away in kedah. plus he(kool A) also in alor setar. 


conclusion2- gedik buat karangan walaupun esok ada test.huahuahua.


till then, salam..*to silent readers-killer readers-polowers=)




marks : 20/40





17.11.11

aku TAK suka

orang yang perasan dia cantek!

16.11.11

minggusembilan

jemmmm
move on




believe in urself



12.11.11

missing mai herooo



lalu mendengar lagu 
PERGI TAK KEMBALI.
haha ttiada kejiwangan di situ
hanya lah satu keinsafan
haha


lalu dengar lagi
MUNGKIR BAHAGIA
haha
apalah aku ni

11.11.11

saya mahu!

dengan penuh keazaman.




mahu




menjadi saorang orang kuat di belakang tabir padang golf



sebelum








menamatkan zaman bujang






muahaha.




kerna






kasihan kepada rumah dan tangga saya pabila lepas kahwen nanti tahkut mereka bergoyang-goyang


insyaAllah,jika ada peluang,rezeki dan kudrat=)

kerana

kerana kamu tak tahu saya sangat admire akan kamu

bukan kerana quote di atas. bukan. bukan.


memang dari azali saya begini.
hehe:)



kerana saya sudah sindrom up 


haha






10.11.11

saya

rasa nak taip lagi walaupun ada banyak qeja.huhu.




dah la..mari membuat qeja!




;)))))





haha..tiba-tiba:)





aduh hai

aduh hai diri saya..saya tertanya tanya..mampu kah saya ber gelumang dengan kerja kerja tersebut selama 4 bulan.bah kan ber tahun kalau rejeki saya dalam bidang tersebut.huhu.ber angan lah saya sampai dah pikiaq qeja.

hari ni amali turf sangat best. about equipment yang penting dalam kehidupan padang golf seharian. tapi sekeping kertas aku tak bawak nak catat apa masa briefing tu.haha.terok woih.bajet hapai dalam kepala otak.jalan 5 tapak,lupa la.gelak sedaih,pun lupa la jugak.haha.tambah encik yang briefing tu dok buat lawak.pantang tahan lah aku.meng gelak kat lawak dia.huhu.


dia cakap"kerja kena ikhlas..kul 5 cam tu dah gerak dari rumah(kalau aku tak cilap)..kul 6 mula kerja..memotong..kul 11baru siap then balik maghrib".. huh...


betoi ka hang nak buat qeja lagu ni limah..???takut balik rumah tidoq terbukang bangun pagi buta siap siap p qeja balik.macam takdak life.haha.* sambil bayang-bayangkan kehidupan di masa hadapan*

two words

sorry


and


hopeless


but i dont mind
will pray for the best.better.best.


hope for nothing yet everything

9.11.11

saya suka.anda tak suka tak mengapa:)








gambar


kak yana in syamsyais
photoshoot kat syamsyais boutique


untuk? latest promotion
insyaAllah



the team - kak zila, kak suri@nina, uncle amy, kak yana-enjoy the little moments-,encik putih di belakang, paksu 


nak letak

gambaq-gambaq yang dah ambek dalam masa terdekat-sebelum raya haji dan after.huhu!gilo

2.11.11

i dont mind

haha.tiba-tiba i dont mind.saya cuba yang terbaik menyiapkan sub sub part untuk perojek tahun akher. saya cuba. i dont mind if i dont get enough sleep tonite. pecaya dak? boleh pecaya?       TAK BOLEH. haha.


since tengah taip dalam english,dengar lah lagu inggeris.bajet fluent lah menaip.padahal hampes gak.tak tau nak taip apa.maksud, nak guna perkataan atau istilah apa yang sesuai.haha. terok nya jahh.macam tak belajaq bahasa org putih.haha. 




dah tu beralah arah dengar lagu indonesia,lagu-lagu melayu lama.haha.baru kena dengan jiwa nak taip.haha.konon.


huhu,mengarutttttttt.mengarut.bila bosan taip tanpa arah tuju.tak dak paedah betoi belog aku ni.hmm.




salam..:)

1.11.11

cuci mata

update ter baru baru di sini



tq tq tq kalau view page ini dan itu.hehe.

31.10.11

superhero

malam ni teringat satu kejadian bebebeberapa sem lepas.dua tahun lepas kot.masa tu kejadian tertinggal purse kat kedai makan. dah balik kolej baru perasan.first,tekejut.second,nak buat macam mana? rasa tertinggal kat kedai tu..tapi..tak sure lah..sebelum kejadian ,aku dengan mr.xyz makan kat kedai kat mines. then,p patah balik mines,tengok,mana ada dah.tutup dah kedai.ok.ok.bertenang.pas tu gerak ke balai polis buat report.hoyeh.masuk balai polis.macam tak kepercayaan.tak penah masuk.buat perak* sat.

kat sana,polis suruh  call cimb untuk block kad bank.sebab ic,kadbank,lesen,semua dalam tu.then terus polis tu bagi call guna telepon kat balai tu.ok.setel. tiba-tiba polis tu tanya, '' suami isteri ke?"aiyaaa...sentap hati mak.nampak ber usia ka aku masa tu?maybe nampak macam kami kahwen muda kot..sedapkan hati..hahaha.dan lagi. ok pastu setel lah urusan kat balai.setel.

balik lah kolej. dok risau.kot la purse tu tinggal atau jatuh kat tempat lain.kot orang tu dah draw duit.huhu. sedih.risau. takpa malam tu tidoq nyenyak gak.no matter how it is.hahah.

esoknya,pagi-pagi bangun,mr xyz dah call. ada kat bawah dah. bawah?? aku bangun ja baru.awat awal sangat.memang nak p try tengok kat kedai tuh pagi-pagi esoknya.tapi awat awai sangat.gua belum mandi pon.huhu.takpa.turun gak.basuh-basuh muka pakai tudung turun bawah. dah sampai bawah.oh rupanya dah ada dah purse tu.hoyea!!! legaaa.terus ambek.alhamdulillah.dapat balik.memang purse tu tinggal kat kedai makan tu saja.pekerja dia simpan.

alhamdulillah and thanks mr xyz a.k.a superhero a.k.a Iman yang susah payah malam tu and pagi-pagi tu.gua terharu.hukhuk.gedik.ok bai.

p/s-perak=perasaan jakun.bukan gaya sebut macam perak(nama negeri).jangan silap.



motip malam ni: kenangan lalu menerjah kembali lalu terharu.hakhak.

jom

jom buat keja.huahaha!
ber semangat lah kamu kerana kamu akan sampai jugak ke garisan penamat tidak lama lagi


haruslah berusaha :)

saya

bukan lah nak bloggking tegar. sebab tak suka a.k.a tak rajin sgt nak taip.nak tengok blog orang lain,rajin!tu satu. kedua,tak suka ambek-ambek gambar macam orang lain. kebelakangan ni ja rajin. tu pun ikut mud.huh.gambargambar orang lain atau scenery saya suka la ambek.gambar sendiri memang payah.

30.10.11

saya nak bercuti!!!!

kebelakangan ni rasaaa sangat sangat nak p bercuti.padahal sebelum ni aku bukanlah jenis nak sebut i need vacation and all those thing.tapi kali ni lain rasa.huhu.pastu gang hawos pun ramai yang kata nak p situ p sini. maksudnya depa pun rasa nak bercuti.haha.ada lah beberapa cadangan tempat. and aku memang suka pun.harap-harap dapat p and menjadi lah plan tu nanti.harap-harap dapat support dari mak ayah .sebab aku bukan ada pitih dah ni.hahaha*.em lama sangat ka aku tak bercuti makan angin?rasa lama lahh jugak.last yang p dengan family rasa yang p betong dengan pangkor tuh.rasa nya lah.



tak sabaq lah nak habeh sem ni...best kalau dapat p langkawi..best!!


paling lama tak p langkawi.cewah.ada ka tempat lain yang tak lama aku p?sama ja semua.dah memang lama tak berjalan.huhu.tak palah.harap dapat p.panjang umoq,ada rezeki nak p.dok tepi pantai,p makan kat wan thai.mak ai lengkap dah syarat.haha.tak payah beli apa.yang penting p makan yang sedap dengan tengok view dengan bau langkawi.huahaha. 

26.10.11

kasut gila hari ini

kasut gila ka aku yang gila? mesti la aku. sebab banyak sangat kasut yang bestbest kat sogo tadi.huh.tercabar iman dan naluri kekasutan.tapi tak dapat beli apapun.tak ada duitt.huh.kesiann. dapat try pun jadila.naseb tak tawaf satu sogo pakai kasut yang paling aku bekenan.huhu.takpa takpa.tak perlu kata apapa. senyum:) nanti dah qeja beli la.beli sampai penuh 12 almari.tak da sapa nak marah.tukaq la kasut tiaptiap hari.beli la.pakai la.SABAR dulu la ni.huhu.sabar.

25.10.11

enjoying myself to the fullest

im enjoying myself with my own style.huu.wth.

since im in e midsem break, i feel so so so lonely.because all of my beloved rumates went home.miss em.wanna talking to em,gossiping and laughing with em. just now im talking to myself,typing in order to talk to my fren.haha.gigih.berchatting di fb sahaja.huu. silent mode activated when im enter my lovely room-sweet- room!


i tried my best to enjoy my day. from morning till evening doesnt matter becos i have a lot things to do in my lab.cewah.my lab.haha. the lab is mine la konon-konon.hemm. then when i came back to myroom, im alone again.

gambar gedik-gedik di lokasi yang tiap-tiap hari dekat di hati

21.10.11

EVO EMO

tiba-tiba malam ni giat meng'like' page kaitan turf. tamak. muahaha! ka meroyan? tah la.tak kisah. tiba-tiba hati mak sentap bila ada yang mempertikaikan sesuatu. mak tak kisah. tapi mak kisah la jugak.haha. memang mak tak tahwan la cakap apa ni. hudoh perangai mak.


okay. lets talk about turf grass. turf grass? cam nak bagi lecture. tak seswai. turfgrass= rumput turf. tu ja aku boleh define-_-

 huwaaa aku malas nak p FS esok.malas.malas.malas. tapi ada semangat skit lepas tengok gambaq-gambaq padang golf. apa kaitan?tak dak pun.
 yiauhuuu!!!